fbpx
PolitikPRK

BN tidak ketepi mana-mana pihak yang ingin membantu – Ahmad Zahid

PRK Slim: Calon BN diumumkan pada 12 Ogos

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpesan, selesaikan segala masalah dan permasalahan yang ada sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim.

Ahmad Zahid turut berpesan, jangan sekali-kali menolak bantuan dan kerjasama daripada mana-ama pihak yang mahu membantu Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian hari ini ketika melancarkan jentera BN yang bersiap siaga untuk PRK DUN Slim.

Menurut Ahmad Zahid lagi, kesinambungan perkhidmatan terbaik yang dinikmati oleh para pengundi masih boleh dinikmati sekiranya mereka terus memilih calon yang diletakkan BN pada 12 Ogos nanti.

Siapakah calon BN itu akan diumumkan pada tarikh tersebut namun apa yang pasti para pengundi di PRK Slim harus memangkah calon yang mampu memberi khidmat terbaik.


Kata Ahmad Zahid, tidak salah mengenalpasti masalah yang ada di Slim.

Bagaimanapun itu perlu diselesaikan agar komuniti di Slim dapat menarik nafas lega selain daripada merampas kembali enam PDM yang terlepas dari genggaman BN.

Semestinya menjadi penanda aras sekiranya BN menang di DUN Slim kerana itu adalah paparan tanda-tanda Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Moral of the story, jangan ketepikan mana-mana pihak yang mahu membantu memacu kejayaan BN di PRK DUN Slim.

Kerjasama muafakat demi kesejahteraan penduduk sekaligus, para pengundi yang memberi mandate kepada calon pilihan.

Segala pergeseran dan pertelingkahan yang wujud sebelum ini perlu disantuni segera kerana setiap antara kita ada perbezaan. Tidak salah mencari titik persamaan untuk keseimbangan. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button