PolitikUncategorized

Selepas Xavier, Azmin beri bayangan ‘1+1+1+… dan seterusnya’

MUNGKINKAH ada lagi ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat atau daripada Pakatan Harapan keluar parti menjadi ahli Parlimen bebas dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Datuk Seri Azmin Ali membayangkan kemungkinan terdapat lagi pemimpin PKR dan PH akan bertindak keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional.

Dalam ciapannya beberapa minit sebelum Ahli Parlimen Kuala Langat Dr. Xavier Jayakumar mengisytiharkan keluar Parti Keadilan Rakyat, Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR memberi bayangan kemungkinan itu akan berlaku.

Di Twitternya Menteri Kanan Hal Ehwal Ekonomi itu membuat ciapan,” “1+1+1+… dan seterusnya. Alhamdullilah. Kekal tenang.”

Xavier yang merupakan bekas Menteri Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli mengisytiharkan keluar PKR dan meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden parti itu.

Dia bertindak keluar dan menjadi ahli Parlimen bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional kerana mendakwa kecewa.

Jelasnya, sepatutnya keutamaan pada waktu ini adalah menyokong usaha kerajaan untuk membendung penularan pandemik Covid-19, mencipta peluang pekerjaan dan membina ekonomi.

Xavier adalah ahli Parlimen PKR yang ketiga keluar daripada parti. Hujung bulan lalu dua ahli Parlimen PKR iaitu Larry Sng (Julau) dan Stephen Choong (Tebrau) telah bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan penuh mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.-SM

 

(Visited 695 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button