Nasional

Bersatu desak kerajaan tingkatkan keselamatan premis jagaan kanak-kanak

Srikandi Bersatu mendesak kerajaan segera menguatkuasakan peraturan supaya semua pusat penjagaan bayi dan kanak-kanak pada jumlah tertentu perlu diwajibkan memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Exco Srikandi Bersatu, Zeti Zanariah berkata, kemalangan atau jenayah yang sentiasa berlaku melibatkan mangsa kanak-kanak atau wanita di kedua-dua premis tersebut mencerminkan kelemahan atau kelalaian pihak berkuasa.

“Kerajaan perlu meneliti bebanan kerja, menetapkan tempoh masa bekerja dan mengehadkan jumlah kanak-kanak yang boleh dijaga oleh seseorang pengasuh bagi mengelakkan mereka mengalami tekanan akibat kerenah berlebihan jika menjaga terlalu jagaan pada satu masa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mencadangkan pemasangan sistem pemantauan keselamatan seperti CCTV bagi mencetuskan suasana selamat dan ceria di pusat jagaan kanak-kanak.

“Petugas pusat jagaan juga mesti dari kalangan individu berkelayakan dan mempunyai kemahiran yang diiktiraf seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat serta mesti lulus pemeriksaan psikologi di hospital kerajaan,” tambah beliau.

 

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button