Nasional

Pesta dadah: Pegawai Khas Syed Saddiq buat laporan polis

JELIK dengan artikel yang mendakwa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir pesta dadah, satu laporan polis dibuat pegawai khasnya hari ini.

Laporan tersebut dibuat Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan itu, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir selepas terdapat cubaan menfitnah dalam artikel berkenaan.

Artikel yang diterbitkan portal Johor Press bertajuk ‘Syed Saddiq sebenarnya ada di parti dadah tapi…’ dipercayai menuduh Ahli Parlimen Muar itu.

Artikel berkenaan mendakwa Syed Saddiq didapati hadir ke parti di sebuah kondominium di Puchong, Selangor apabila kereta yang dinaikinya kelihatan.

Tambah laporan portal itu, Syed Saddiq kemudian sempat meninggalkan rumah tersebut sebelum pihak polis datang menyerbu.

Bagaimanapun, artikel berkenaan disifatkan sebagai fitnah dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti Syed Saddiq sebagai menteri dan Kementerian Belia dan Sukan.

[BACA ARTIKEL] Pesta dadah: Syed Saddiq nafi terlibat — Suara Merdeka

“Aduan dibuat kepada polis di atas nama Johor Press yang mebuat satu siaran fitnah melalui entry artikel berita diterbitkan pada 17 Januar 2020.

“KBS hari ini melihat artikel tersebut mempunyai niat ‘politik’ untuk memburukkan nama baik Syed Saddiq dan juga kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Mohd. Ashraf meminta agensi kerajaan terlibat seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya mengambil tindakan tegas ke atas Johor Press.

[BACA ARTIKEL] Siasatan kes dadah: Syed Saddiq gantung pegawai — Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Ahli Bersatu terlibat dadah akan dikenakan tindakan – Dr Mahathir — Suara Merdeka

Fitnah lobi projek kerajaan

Beliau juga membuat laporan berkenaan atas fitnah yang mengatakan terdapat aktiviti melobi projek besar kerajaan seperti didakwa portal terbabit.

“Satu laporan polis telah dibuat sebentar tadi untuk tindakan pihak berkuasa dan undang-undang ke atas mereka yang memfitnah menteri.

“Apa yang berlaku baru-baru ini telah dinafikan pengetahuan dan keterlibatan pihak menteri dan kerajaan, malah telah dinyatakan selaku bukti bertulis dari kenyataan KBS.

“Tidak pernah wujud pemberian kontrak ke atas mana-mana individu terkait tangkapan malah jauh sekali penglibatan menteri,” jelasnya.

Laporan dibuat di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Selangor.

Menafikan

Pagi tadi, Syed Saddiq menafikan bahawa dia hadir ke kondominium tersebut.

Beliau turut menafikan terlibat dengan aktiviti melobi projek besar kerajaan oleh pihak tertentu.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan menafikan beliau ditahan polis akibat terlibat kes dadah di sebuah kondominium.

[BACA ARTIKEL] ADUN Dengkil Adhif Syan nafi ditahan polis — Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] KPN sahkan 17 individu ditahan, tapi tak sebut ADUN Dengkil — Suara Merdeka

Ketika serbuan, dilaporkan empat pegawai khas ahli politik antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi.

Beliau bagaiamanpun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu fitnah. – SM

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button