Nasional

Berita palsu Covid-19: Polis buka 273 kertas siasatan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) telah membuka 273 kertas siasatan berhubung berita palsu berkaitan Covid-19.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah tersebut sebanyak 136 masih dalam siasatan.

Manakala 35 kes telah didakwa di mahkamah dan 21 telah didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan dan 12 diberikan notis amaran.

Jelas beliau, Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah membuat 391 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu.

Pasukan tersebut telah ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19

“Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya, dan sentiasa menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita daripada sumber yang rasmi atau boleh dipercayai.

“Perkara yang belum tentu sahih, jika kita turut sebarkan, dan sekiranya ianya didapati tidak benar, anda juga boleh dikenakan tindakan,” kata Ismail Sabri dalam sidang akhbar hari ini.

Sementara itu PDRM telah menahan 481 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Daripada jumlah itu, seramai 470 individu telah dikompaun, seramai 10 individu direman dan 1 dijamin.

Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk tidak memakai pelitup muka (208), tiada penjarakan fizikal (145), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (82).

Turut diambil tindakan kerana membawa penumpang berlebihan dalam 1 kenderaan (27), melanggar syarat/perintah PKPB (10), premis beroperasi lebih masa (6) tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (2) dan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen (1).

Manakala Ops Benteng pula telah berjaya menahan 37 pendatang asing tanpa izin, tiga orang tekong serta berjaya merampas 6 buah kenderaan darat.-SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button