Hiburan

Bercinta dengan lelaki 17 tahun lebih muda, Intan Ladyana akui tidak memilih

BERCINTA dengan lelaki yang berusia 17 tahun lebih muda, pelakon Intan Ladyana mengakui yang perkara itu bukanlah sesuatu yang ditetapkannya.

Menurut pelakon filem Adnan Sempit ini, jodoh adalah sesuatu yang berada di luar jangkaan terutamanya melibatkan soal umur.

“Bagi saya usia bukanlah penentu kepada kebahagiaan sebaliknya keserasian dan persefahaman antara satu sama lain itu yang lebih penting.

“Saya pun sebelum ini tidak pernah tahu sama ada lelaki yang berjodoh dengan saya itu adalah tua sebaya atau lebih muda,” katanya seperti dilaporkan Kopi Planet.

Ketika ini, Intan sedang bercinta dengan pelakon, Harris Alif yang berusia 17 tahun lebih muda daripadanya.


Percintaan dengan Harris ini juga adalah kali ketiga Intan bercinta dengan lelaki yang lebih muda daripadanya.

Harris dan Intan dikatakan sudah lama mengenali antara satu sama lain, namun mula akrab pada awal tahun ini dah kemudian menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, Intan juga menolak dakwaan bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya pada Mac tahun hadapan.

“Bulan tiga… saya pun baru dengar ni. Kalau ada akan diberitahu. Takkanlah tak beritahu, mestilah saya akan beritahu,” ujarnya.

Menurut Intan, pengalaman lalu juga sebenarnya banyak memberikan pengajaran kepada dirinya untuk tidak terlalu bercerita mengenai hal peribadi. -SM

(Visited 254 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button