Hiburan

Angkara vokal memukau Muss dan magik muzik Joe Branko, peminat ‘terpaksa’ head banging!

Peminat muzik rock keras terpaksa head banging angkara vokal memukau Muss dan magik muzik Joe Branko dalam konsert Barbarik ‘Pentas Keras’ yang tersungguh padu.

Menurut Mohd. Nafis Izhani, 43, dari Rawang, Selangor, konsert Barbarik ‘Pentas Keras’ bagaikan satu mimpi jadi realiti kepada peminat muzik Wings menerusi sentuhan Joe.

“Kalau nak cerita tentang lagu-lagu dalam album Mr. Barbarik, kita semua tahu bahawa Muss adalah penyumbang suara utama di samping beberapa rakan artis lain.

“Namun siapa sangka, selepas 20 tahun, konsert ini benar-benar jadi realiti biar pun sebelum ini kita mungkin cuma sekadar berharap di YouTube atau Facebook,” ujarnya.

Mohd. Nafis berkata demikian ketika ditemubual Suara Merdeka selepas konsert Barbarik ‘Pentas Keras’ anjuran Anggerik Event Sdn. Bhd. di Zepp Kuala Lumpur mendapat sambutan luar biasa.

Ujar Zamri Mat Isa, 38, dari Kota Belud, Sabah, dia dan bersama tiga orang rakannya sanggup turun ke Kuala Lumpur semata-mata demi konsert Barbarik ‘Pentas Keras’.

“Konsert seperti ini bagaikan suatu sejarah bagi peminat muzik rock. Bukan selalu dapat tengok Joe dan Muss bergabung pentas seperti ini.

“Jadi apabila dengar sahaja mereka nak buat konsert di Kuala Lumpur, kami semua mula merancang beli tiket dan pada malam ini, kami cukup berpuas hati,” katanya.

Sementara itu, Kamarul Jalil, 31, berkata, dia antara generasi 90-an yang sempat mengikuti lagu-lagu Wings semasa zaman kanak-kanak dan remaja.

“Masa kali pertama saya dengar lagu-lagu dalam album Mr. Barbarik dekat YouTube, saya pelik, bila masa pula Muss sertai Wings siap jadi penyanyi utama.

“Rupa-rupanya ia projek istimewa dalam mengekalkan identiti Wings dan apabila baca komen di Facebook tentang konsert ini beberapa bulan lalu, takkan nak lepaskan peluang dan malam ini luar biasa,” ujarnya.

Konsert Barbarik ‘Pentas Keras’ mempersembahkan 20 lagu dan ia dibuka dengan lagu Penunggu serta ditutup dengan lagu keris Tak Bersarung.

(Visited 793 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button