Nasional

Berbaki 5.2% populasi dewasa belum ambil vaksin

MASIH terdapat 5.2 peratus populasi dewasa belum mengambil vaksin Covid-19.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sehingga semalam 94.8 peratus atau 22.185 juta populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Jumlah tersebut mencatatkan kenaikan 0.1 peratus berbanding sebelumnya iaitu 94.7 peratus.

Dalam pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub semalam, hnaya mereka yang lengkap menerima dua dos vaksin sahaja akan menerima kelebihan termasuk kebenaran untuk melintasi rentas negeri yang bermula hari ini.


JKJAV mencatatkan sejumlah 90.02 peratus atau 21.073 juga penduduk dewasa telah lengkap divaksin semalam.-SM

(Visited 40 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button