Nasional

Bapa mengaku bersalah tikam anak dipenjara 10 tahun

BAPA yang menikam anaknya yang baru berusia setahun mengaku bersalah atas kesalahan tersebut dan dikenakan penjara 10 tahun hari ini.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Safwan Shafie, 27, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Safwan didakwa cuba membunuh anaknya dengan menikam menikam perut mangsa di sebuah Flat Puchong Permai, Puchong, di sini, jam 4.30 petang, pada 12 Disember 2020.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan selamat.

“Mangsa masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Buat masa ini, mangsa dijaga oleh ibu kandung serta ibu bapa kepada suspek,” katanya.


Sebelum ini, lelaki tersebut telah dilaporkan mengamuk sebelum menikam anaknya di bahagian perut dengan menggunakan pisau roti.

Ujian saringan air kencing terhadap lelaki tersebut kemudian mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.-SM

(Visited 90 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button