Nasional

Pesakit Covid kategori 3 hingga 5 bertambah

BILANGAN pesakit Covid-19 kategori 3 hingga 5 meningkat di hospital-hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, 71 peratus kes Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah pesakit kategori 3 hingga 5.

Menurutnya, Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL kini menerima antara 60 hingga 70 pesakit dalam tempoh sehari. Daripada jumlah itu purata tiga pesakit dalam kategori 4 dan kategori 5 yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagi mengatasi masalah tersebut katil tambahan telah disediakan untuk mengurangkan kesesakan berikutan jumlah pesakit yang tinggi kerana HKL turut menerima pesakit Covid-19.

Tindakan segera telah di ambil dengan memindahkan pesakit COVID-19 yang telah stabil ke Hospital Rehabilitasi Cheras dan Institut Perubatan Respiratori bagi membolehkan HKL menerima dan merawat segera pesakit Covid-19 yang lain

Tambah beliau, secara keseluruhan, penggunaan katil pesakit termasuk repurpose bed di Lembah Kelang kini telah mencapai kadar melebihi 85 peratus.

“Jumlah kedatangan atau rujukan pesakit COVID-19 yang semakin meningkat ke hospital KKM di Lembah Kelang juga ditangani dengan kerjasama Hospital Sungai Buloh yang kini berstatus Hospital COVID-19 serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS yang turut mengendalikan sementara pesakit COVID19 hingga kategori 4 sebelum pesakit dipindahkan kehospital.

“KKM juga bekerjasama dengan Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM, Hospital Universiti Putra Malaysia dan Hospital Universiti Teknologi MARA dan Hospital Angkatan Tentera Malaysia untuk menerima dan merawat kes pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19,” katanya.

Bagi mengatasi masalah terbabit, KKM telah mevgadakan perbincangan dengan HKL, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Ketua Perkhidmatan Kepakaran yang berkaitan.

Antara langkah afirmatif yang akan dilaksanakan segera termasuk memperluaskan lagi penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta bagi membolehkan HKL menerima dan merawat lebih ramai pesakit COVID-19.

Kapasiti katil ICU dan bukan ICU termasuk peralatan dan kemudahan yang diperlukan seperti alat bantuan pernafasan dipertingkatkan di hospital KKM dan Hospital Pengajar Universiti.

Ini termasuk Hospital Pakar Kanak kanak UKM, Hospital Universiti Putra Malaysia dan Hospital Universiti Teknologi MARA bagi menerima dan merawat lebih ramai pesakit COVID-19.

KKM turut memberi penugasan semula secara sementara kepada petugas kesihatan dari negeri tertentu bagi menyokong perkhidmatan di hospital kerajaan dan hospital pengajar universiti yang memerlukan
petugas kesihatan tambahan bagi merawat pesakit COVID-19.

Sumbangan sukarelawan dan pelajar kejururawatan tahun akhir dari Institut Latihan KKM yang sedang menjalani latihan praktikal akan dioptimumkan bagi membantu petugas kesihatan sedia ada seperti di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Manakala, sebahagian anggota Jururawat berpengalaman yang ditugaskan di PPV dan Pusat Saringan COVID-19 akan ditugaskan semula bagi menyokong penyampaian perkhidmatan di hospital KKM.-SM

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button