Nasional

Beli Lamborghini bernilai RM1.8 juta hasil aktiviti pengubahan wang haram

SEORANG ahli perniagaan yang membeli sebuah Lamborghini bernilai RM1.8 juta akhirnya menjerat diri sendiri selepas ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, ahli perniagaan berusia 43 tahun itu dipercayai terlibat dengan pengubahan wang haram dan kini direman selama lima hari bermula hari ini.

“Suspek dipercayai memperolehi wang menerusi penjualan kereta Ferrari bernilai hampir RM1 juta bukan miliknya bagi membeli sebuah kereta Lamborghini bernilai RM1.8 juta untuk dirinya.

“Suspek juga telah ditahan kira-kira pukul 5.20 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001. -SM


(Visited 133 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button