Nasional

Warga emas maut ketika daki Bukit Soga

SEORANG warga emas meninggal dunia ketika riadah bersama isteri dan anaknya di Bukit Soga, di Batu Pahat  petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata, kejadian berlaku pada pukul 5.35 petang apabila mangsa, Gan Tian Guan, 62, mengadu sakit kepala.

Selepas itu katanya, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.

Katanya, mangsa tinggal di Taman Putera, Batu Pahat,  mendaki Bukit Soga bersama isterinya berusia 54 tahun dan anak perempuannya berumur 19 tahun pada pukul 4 petang.

“Ketika mereka berada di puncak bukit pada ketinggian 286 meter, mangsa mengadu pening kepala dan terjatuh lalu tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ismail, anak mangsa telah turun dari bukit itu untuk meminta bantuan orang ramai bagi menghubungi pihak hospital, polis dan bomba.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) yang hadir ke lokasi.

“Mayat diturunkan dengan bantuan bomba dan dihantar ke HSNI untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

(Visited 767 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button