Uncategorized

PKP penuh atau tidak dibincang esok – Takiyuddin

Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membincangkan sama ada perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilaksanakan sepenuhnya (lockdown) atau tidak.

Keputusan akan dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin eskon.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat MKN itu akan turut membincangkan pilihan yang ada selain PKP penuh bagi membendung penularan Covid-19.

“Itu antara langkah-langkah yang perlu difikirkan oleh pihak MKN, pilihan-pilihan yang kita ada. Sebelum ini kita laksanakan PKP, PKPB, PKPP dan sebagainya. Itulah langkah-langkah yang perlu diambil sama ada secara keseluruhan atau bersasar.

“Ia mungkin akan diputuskan esok ada sidang MKN, ia mungkin akan dibincangkan di sana yang melibatkan perdana menteri dan semua menteri besar serta ketua menteri. Akan dibincangkan (esok) untuk diputuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika hadir sama ke mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim Kota Bharu, hari ini.-SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button