Parlimen

Belanjawan 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga lulus

DEWAN Rakyat meluluskan peruntukan bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 lulus di peringkat jawatankuasa, bagu Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Tiada seorangpun ahli Parlimen Pakatan Harapan bangun untuk melakukan undi belah bahagi selepas Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad selesai membuat pengulungan RUU tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun meluluskan peruntukan tersebut selepas melakukan undian suara.

KPLB menerima peruntukan RM10.19 bilion meliputi RM3.533 bilion peruntukan mengurus dan RM6.657 bilion peruntukan pembangunan.-SM

 


 

(Visited 114 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button