fbpx
NasionalParlimen

Parlimen: PPR Lembah Subang 1 diberi perhatian

PERUMAHAN di Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Subang 1 di Petaling Jaya, Selangor akan diberikan perhatian bagi memastikan keselesaan penduduk.

Ini kerana perumahan di sana disifatkan sebagai kawasan ghetto susulan terdapat dakwaan kegagalan pihak pengurusan menjalankan tanggungjawab penyelenggaraan dengan berkesan.

Selain itu, terdapat isu-isu lain berkaitan penyelenggaraan perlu diberikan perhatian oleh kerajaan terhadap kawasan berkenaan termasuk menyelenggara kemudahan.

“Sebenarnya saya sudah bertemu dengan pengurusan pihak PPR ini dan juga pihak penylenggara projek perumahan ini.

“Oleh kerana kita berhadapan dengan Covid-19 ini, saya sebenarnya bercadang untuk berjumpa dengan mereka.


“Kementerian bercadang untuk mencari penyelesaian terbaik dalam mengatasi masalah yang dihadapi penduduk di PPR Lembah Subang 1.

“Sebenarnya Yang Dipertua, saya simpati dengan mereka dan memang wajar tindakan segera diambil.”

Demikian kata Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin di Dewan Rakyat hari ini.

Maria Chin ketika mengutarakan soalan kepada Ismail memberitahu, kawasan perumahan PPR Lembah Subang 1 bukan hanya kawasan PPR, tetapi adalah ghetto.

Oleh demikian, beliau menggesa kerajaan mewujudkan mekanisme untuk memantau pengurusan dan tindakan yang boleh diambil supaya kawasan ghetto ini dijadikan tempat tinggal yang lestari, ceria, bersih dan sihat.

ISMAIL ABD. MUTTALIB

Menjawab persoalan itu, Ismail memberitahu kementeriannya pernah memperuntukkan perbelanjaan yang besar bagi 2017 dan 2018 untuk penyelenggaraan dan pembaikan PPR di kawasan itu.

Iaitu RM28.4 juta dibelanjakan pada dua tahun tersebut dan RM350,000 lagi disalurkan pada 2019 bagi menyelenggara perumahan PPR di sana.

Malah, pihaknya juga akan terus mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi menyesaikan isu-isu berkaitan.

“Perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dengan negeri dan kementerian melibatkan perkara-perkara yang perlu mencapai persetujuan secara konsensus di antara kedua-dua pihak sebelum penyerahan PPR ini dibuat.

“Perkara ini turut melibatkan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri serta isu-isu di PPR yang perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh KPKT.

“Seperti pemutihan data penduduk dan pelepasan hak tanah persekutuan, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

“Bagi tujuan penyerahan kepada Kerajaan Negeri Selangor, kesemua perkara berbangkit terutamanya berkaitan dasar dan perundangan serta mekanisme pelaksanaan perlu diperhalusi oleh KPKT dan kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum diangkat utnuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri.

“Kita berikan perhatian yang serius tentang kebajikan dan keperluan di kawasan perumahan PPR di seluruh negara,” jelasnya. – SM

(Visited 174 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button