Parlimen

Tindakan populis PH beri mudarat pada saat negara paling memerlukan

AHLI Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa sekiranya Pakatan Harapan tidak mengambil pendekatan populis ketika memerintah negara akan mempunyai perbelanjaan RM56 bilion untuk 2021.

Najib berkata, langkah populis dan tidak bertanggungjawab PH pada tahun 2018 telah menyebabkan negara kehilangan pendapatan untuk perbelanjaan pada detik yang amat diperlukan.

Menurut Najib, walaupun dikatakan Belanjawan 2021 merupakan bajet yang terbesar dalam sejarah negara sebanyak RM322.4 billion namun ianya hanya RM8 bilion atau 2.5% lebih besar berbanding jumlah perbelanjaan tahun 2019 iaitu RM316.5 bilion semasa kerajaan PH.

“Defisit bajet tahun 2021 adalah lebih besar berbanding tahun 2019 kerana kerajaan PH telah menjarah RM54bilion dari Petronas untuk meningkatkan hasil kerajaan tahun 2019 supaya defisit negara tak begitu ketara.

“Hasil cukai petroleum pada tahun 2019 adalah lebih tinggi berbanding tahun 2021 di mana harga minyak dunia dijangka lebih rendah.

“Walaupun ada yang mempercayai propaganda PH bahawa kerajaan PH terpaksa menjarah Petronas pada tahun 2019 sebab mahu bayar balik tunggakan refund GST RM18.2 bilion yang kononnya dirompak,” kata Najib.

Jelas beliau, jumlah perbelanjaan untuk tahun 2021 mampu bertambah sehingga RM56 bilion lagi iaitu RM20 billion dari perbezaan antara GST dengan SST dan perbezaan dividen Petronas tahun 2019 dan 2021.

“Selain itu, ruang untuk perbelanjaan tambahan telah dinafikan PH kerana mereka telah menaikkan nisbah hutang kerajaan KDNK dari 48.7% kepada 54.4% setelah PH meningkatkan hutang langsung negara sekitar RM140billion.

“Bayangkan apa yang kerajaan boleh buat dengan bajet akan datang dengan tambahan sebanyak RM56 bilion yang telah saya sebut tadi dan RM140 billion ini,” kata Najib.

Beliau berkata demikian dalam Perbahasan Peringkat Dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Najib, oleh kerana Belanjawan 2021 hanya RM8 bilion lebih tinggi berbanding perbelanjaan kerajaan tahun 2019, maka timbul persoalan keberkesanan bajet tahun 2021 untuk menyelamatkan negara dan
rakyat.

“Ini disebabkan perbelanjaan pada tahun 2019 hampir menyamai Belanjawan 2021, namun ekonomi kita tetap terjejas pada tahun itu walaupun tiada krisis Covid.

“Kadar pertumbuhan negara mencatat kadar paling rendah sejak 10 tahun lalu dengan dividen dividen tabung amanah rakyat,” kata Najib.-SM

 

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button