Jenayah

Ditahan ketika leka berkaraoke

Ditahan ketika sedang leka berkaraoke sambil menikmati minuman keras.

Sekumpulan 15 individu termasuk lima wanita itu akhirnya ditahan dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Pahlawan 7C, Sibu, Sarawak semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Collin Babat berkata, mereka yang berusia antara 15 hingga 40 tahun didapati sedang berkaraoke sambil minum minuman keras kira-kira pukul 6.53 petang.

“Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan di Peraturan 3 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.7) 2020 kerana berhimpun bagi maksud sosial iaitu berhibur di pusat hiburan,” katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

Menurut Collin, hasil ujian saringan air kencing mendapati 13 daripada mereka positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan ketamine.

Kertas siasatan juga dibuka ke atas 13 suspek yang didapati positif dadah di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua mereka juga dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). -SM

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button