Jenayah

Main bunga api dan mercun selepas jam 12 malam bakal didenda

Polis Diraja Malaysia mengeluarkan amaran kepada sesiapa yang bermain mercun selepas jam 12 malam akan dikenakan denda kerana menggangu ketenteraman awam atau boleh membahayakan orang lain.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata akta berkenaan memperuntukkan denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.

main mercun selepas 12 malam bakal didenda
main mercun selepas 12 malam bakal didenda

“Bunga api merupakan bahan letupan di kategorikan sebagai Dangerous Good Cargo (DGC) dan Hazard Class Division (HCD) 1.4g. Sekiranya dimainkan secara merbahaya boleh mendatangkan kecederaan.

“Bermain bunga api hendaklah membakarnya di kawasan lapang agar tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat,” katanya.

Perbuatan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.

Pelaku juga boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya melakukan letupan dengan niat membahayakan nyawa.

PDRM mengingatkan seluruh masyarakat terutamanya ibu bapa, hendaklah mengawasi anak-anak ketika bermain bunga api, bertanggungjawab serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan bunga api dalam mana-mana sambutan perayaan.

ARTIKLE BERKAITAN :>

Polis Arau rampas mercun, bunga api RM10,000 sorok di rumah

KDN benarkan 45 item bunga api dan mercun diimport, simpan dan niaga

(Visited 417 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button