Luar Negara

Konflik di Sudan: 29 rakyat Malaysia selamat

Susulan konflik peperangan yang berlaku di Sudan, Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan seramai 29 rakyat Malaysia yang masih berada di sana dilaporkan dalam keadaan selamat.

Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menasihati rakyat Malaysia di Sudan untuk berjaga-jaga dan tidak mengambil risiko keluar sementara waktu akibat konflik di negara tersebut.

Peperangan berlaku di Sudan
Peperangan berlaku di Sudan

Rakyat Malaysia di Sudan juga disarankan untuk berhubung dengan wakil Malaysia di Sudan untuk maklumat lanjut.

Mesyuarat antara agensi diadakan semalam untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Sudan terjamin serta mendapatkan maklumat terkini situasi.

Malah bilik operasi 24 jam juga telah dilancarkan di Wisma Putra untuk memantau keadaan semasa kejadian selain itu komunikasi berkumpulan melalui WhatsApp turut dilakukan.

Peperangan yang berlaku di Sudan melibatkan dua pihak iaitu Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) sehingga mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan di negara itu. – SM

ARTIKLE BERKAITAN :>

Perang saudara, Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera RSF bertempur

Raja Muda Perlis berkenan bertemu dua Menteri South Sudan

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button