NasionalParlimen

KDN benarkan 45 item bunga api dan mercun diimport, simpan dan niaga

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal selia pengimportan dan penjualan mercun dan bunga api berdasarkan Akta Bahan Letupan 1957, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 dan Garis Panduan Mengimport dan Berniaga Bunga Api Jenis Happy Boom dan Pop-Pop untuk jualan umum sahaja sempena musim perayaan.

Pihak Kementerian membenarkan 45 item bunga api dan mercun untuk diimport, disimpan dan diniagakan oleh syarikat-syarikat yang berkelayakan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

“Kelulusan hanya diberikan setelah sesuatu syarikat memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu mempunyai tempat simpan selamat bahan letupan (magazin),” kata Ahli Parlimen Lenggong Barisan Nasional (BN) itu dalam menjawab soalan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai di Dewan Rakyat, hari ini.

Walaupun syarikat dibenarkan mengimport 45 jenis item bunga api dan mercun  namun ia perlulah diujinilai dan disahkan selamat oleh pihak polis.

“Dari segi penguatkuasaan keselamatan, PDRM sentiasa menjalankan pemeriksaan Ops Bunga Api Musim Perayaan dan membuat  tangkapan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 berkaitan mercun.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memastikan hanya syarikat yang telah diberi kelulusan sahaja dibenarkan untuk mengimport mercun dan bunga api yang dibenarkan,” ujar beliau.

Manakala pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata KDN, juga bertanggungjawab dalam memastikan premis perniagaan untuk jualan mercun dan bunga api adalah selamat dan bersesuaian.

“PBT juga memastikan hanya peniaga yang telah diberi kebenaran (permit/lesen/kupon/surat rasmi) sahaja dibenarkan untuk berniaga mercun dan bunga api,” katanya.

Berikut dikongsikan syarat-syarat yang ditetapkan dalam garis panduan yang dikuatkuasa oleh KDN dan PDRM berhubung penjualan mercun.

  1. i) Penjualan mercun dan bunga api hanya dibenarkan ketika musim perayaan sahaja;
  2. ii) Keperluan mendapatkan permit menjual mercun dan bunga api daripada PDRM;

iii) Keperluan mendapatkan permit berniaga daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);

  1. iv) Keperluan mempunyai tempat simpan selamat bahan letupan;
  2. v) Membenarkan hanya 45 item bunga api sahaja yang boleh dijual yang telah menjalani ujinilai dan disahkan selamat oleh PDRM;
  3. vi) Menetapkan tempoh penjualan mercun dan bunga api.

Sepanjang tahun 2020 – 2022, pihak PDRM telah menjalankan 820 pemeriksaan bagi Ops Bunga Api Musim Perayaan.

Sebanyak 65 tangkapan dibuat bagi tempoh yang sama bagi kesalahan di bawah Akta Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, berkaitan pembuatan atau pemilikan bahan letupan dalam keadaan yang menimbulkan syak. – SM

BACA Polis rampas bunga api bernilai RM65,000 di Sungai Petani

BACA Polis Kangar rampas mercun, bunga api RM70,000, rokok RM100,000

(Visited 516 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button