NasionalParlimen

Pengimport telor guna nama PMO suruh Ka Siong tutup mulut!

AHLI Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan beliau diminta menarik balik kenyataan di Dewan Rakyat berhubung pengimportan telur ayam dari India.

Wee berkata, beliau menerima panggilan telefon dari seorang individu mendakwa wakil J&E Advance Tech Sdn Bhd yang dikatakan pengimport tunggal telur ayam dari India.

Individu itu didakwa memberitahu Wee bahawa beliau sudah membincangkan perkara itu dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan presiden MCA itu patut mengeluarkan kenyataan serta menyelesaikan perkara itu “di luar mahkamah”.

Pemanggil itu turut memaklumkan Wee sudah mengarahkan peguamnya mendapatkan writ saman daripada mahkamah.

“Datuk Speaker, saya rasa dalam kes ini, kita kena ambil berat. Apa guna nama PMO, ini saya tak faham.

“Saya rasa ini bukan arahan daripada Perdana Menteri, ini orang pakai nama PMO. Ini yang jadi satu penyakit. Jadi, saya rasa ia tak sepatutnya berlaku.

“Saya tidak rela diperkotak-katikkan sebagai bidak-bidak catur pada mana-mana syarikat yang mahu saya buat ‘statement’. Tak boleh sebab saya cuma sebagai jurucakap kepada rakyat…ini masalah yang penting.

“Untuk Ahli Parlimen di belah sana dan sini, kita kena ada satu prinsip, kita sebagai jurucakap rakyat tidak boleh diugut dengan apa cara sekalipun,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2023.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tersebut mengakui terkejut dengan panggilan telefon itu kerana beliau tidak menamakan syarikat berkenaan atau pemiliknya ketika membahaskan isu itu di Dewan Rakyat. – SM

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button