HiburanJenayah

Penerbit, pelakon filem Mentega Terbang selesai beri keterangan di Bukit Aman

POLIS selesai mengambil keterangan penerbit dan enam pelakon filem “Mentega Terbang”, semalam.

Setiausaha Polis, Noorsiah Saaduddin berkata, percakapan mereka dirakam kira-kira pukul 1 tengah hari di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kes masih dalam siasatan USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan.

Mentega Terbang
Mentega Terbang

BACA >> Halalkan dosa dengan alasan berhibur

Jumaat lalu, polis merakam percakapan pengarah dan seorang pelakon filem itu di Bukit Aman yang dikendalikan USJT Jabatan Siasatan Jenayah bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Filem “Mentega Terbang” yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital mendapat bantahan umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah. – SM

.
Dapatkan berita Suara Merdeka dengan pantas terus ke Whatsapp anda.
>> Klik dan sertai Suara Merdeka sebelum tinggalkan halaman ini.
(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button