Celoteh

Halalkan dosa dengan alasan berhibur

MEDIA sosial dan platform digital seperti Facebook, Tiktok dan Youtube kini menjadi salah satu tempat orang ramai menjana pendapatan melalui penghasilan konten yang menarik.

Sehubungan dengan itu, ramai dari kalangan anak muda kita yang lebih tertarik untuk menjadi pencipta konten dan hasilkan konten video yang menarik minat penonton terutama di Youtube.

Menjadi kebimbangan, ramai pencipta konten kini hanyut dengan kebebasan yang dikecapi mereka sehingga mengenepikan ajaran dan tuntutan agama.

Menghasilkan konten mengarut yang sama sekali tidak bermanfaat baik dari segi agama mahupun adab ketimuran sering ditutupi dengan SEKADAR HIBURAN.

Tindakan ini seolah-olah menormalisasikan budaya yang tidak patut kepada golongan muda masa kini.

Lebih parahnya, konten dan influencer seperti inilah menjadi kegilaan dan mendapat jumlah tontonan yang ramai di platform digital.

Hal ini demikian kerana kebanyakan penonton mereka adalah dari golongan anak-anak muda yang mencari hiburan dan tanpa sedar boleh mempengaruhi minda anak-anak ini.

Anak muda kini selalu didedahkan dengan budaya kebaratan dan lebih parahnya terpengaruh dengan budaya bebas yang dibawakan oleh pencipta konten atau influencer ini.

Budaya prank melampau dan pergaulan bebas yang sering ditayangkan secara umum seolah-olah mengajar anak muda ini bahawa perkara berkenaan adalah tidak salah jika inginkan hiburan.

Berhibur biar berpada-pada, jika dilihat kini, budaya prank melampau, ikhtilat antara lelaki dan perempuan, mengenakan pakaian lelaki bagi wanita dan mengenakan pakaian wanita bagi lelaki demi menghasilkan konten menjadi satu perkara yang biasa sedangkan ia jauh dari apa yang diajarkan Islam.

Justeru pengaruh ini yang patut menjadi kebimbangan ibu bapa masa kini kerana kita terlalu menormalisasikan konten mengarut dan tidak bermanfaat yang bakal menjadi ikutan golongan muda.

Ibu bapa juga perlu prihatin dengan video berunsurkan soft porn yang ditonton oleh anak-anak, walaupun video berkenaan mempunyai pengajaran yang disampaikan tetapi aksi sumbang boleh mempengaruhi minda mereka. – SM

(Visited 3,393 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button