fbpx
Politik

Bekas PM bimbang kerajaan enggan sekat pengunjung UK

KERAJAAN masih belum menentukan sama ada akan membuat sekatan terhadap pengunjung United Kingdom (UK) ataupun mengembalikan semula kuarantin 14 hari.

Ini kerana terdapat cetusan varian baharu Koronavirus (Covid-19) iaitu VUI202012/01 yang mempunyai keupayaan 70 peratus lebih tinggi menjangkiti orang lain.

Hal demikian adalah membimbangkan apabila terdapat beberapa negara lain termasuk di Asia mula mengambil tindakan bagi menyekat kemasukan pengunjung dari UK.

Malah negara jiran seperti Indonesia dan Singapura sudahpun mengenakan sekatan lebih awal bagi mengelakkan penularan varian baharu virus berkenaan.

Baru-baru ini juga, Singapura mengesahkan satu kes berkaitan varian baharu itu dikesan melibatkan seorang penuntut di UK yang kembali ke negara republik itu.


Justeru, kerajaan digesa melaksanakan sekatan atau menguatkuasakan semula tempoh kuarantin selama 14 hari yang dikurangkan kepada tujuh hari.

“Saya pun tak faham. Jika kerajaan tak mahu ban terus, sekurang-kurangnya naikkan semula tempoh kuarantin dari tujuh hari ke 14 hari.

“Bukan kerajaan Malaysia yang tanggung kos tujuh hari lagi kuarantin pun.

NAJIB RAZAK

“Negara-negara lain ketatkan dan naikkan lagi tempoh kuarantin sebab mutasi baru ini tapi kita longgar dan pendekkan pula.

“Biarlah rakyat nampak kerajaan sedang buat sesuatu supaya Rakyat rasa lebih selamat dan terjaga.”

Kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membalas komen netizen dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Terdahulu, dalam Facebooknya, beliau meluahkan kebimbangan terhadap kerajaan yang tidak mengambil sebarang tindakan walaupun disuarakannya sejak seminggu lalu.

“Saya rasa ini kali terakhir saya buat posting tentang isu ini. Dah saran 6 hari berturut-turut sejak hari Ahad,” katanya.

Sebelum ini, Suara Merdeka melaporkan makluman daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, memberitahu varian baharu ini belum disahkan dapat diatasi menerusi vaksin sedia ada.

Oleh demikian, beliau memaklumkan, syarikat pembekal vaksin Pfizer memerlukan masa kira-kira enam minggu untuk mengubah kandungan vaksin. – SM

(Visited 467 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button