Politik

Jalan keluar, adakan PRU – Ahmad Maslan

HANYA pilihan raya umum satu-satunya jalan untuk menyelesaikan kemelut politik berpanjangan di negara ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kedudukan kerusi antara parti pemerintah dan pembangkang iaitu 113 di pihak Perikatan Nasional dan 109 di pihak Pakatan Harapan Plus merupakan satu keadaan politik yang amat tidak stabil.

Ahmad berkata, kestabilan politik dan juga kestabilan ekonomi amat penting bagi sesebuah negara.

“Kestabilan politik, ekonomi penting dalam sesebuah negara Kerusi Parlimen 113:109 adalah tak stabil.

“Perlu lebih 130 kerusi untuk tadbir dengan baik. Jalan keluar? Kembali kepada rakyat dengan adakan PRU,” kata Ahmad.

Menurutnya, negara seperti Korea Selatan dan Singapura mampu melaksanakan pilihan raya umum masing-masing walaupun dalam keadaan negara tersebut menghadapi penularan wabak Covid-19.

Negara berkenaan boleh melaksanakan pilihan raya umum dengan berjaya kerana mematuhi prosedur operasi standart yang ketat.

Cadangan Ahmad Maslan itu timbul selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memperolehi sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Anwar dalam sidang media khas semalam berkata, beliau yakin mempunyai sokongan majoriti  ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau berkata, sokongan yang dianggap kukuh dan meyakinkan itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebaik baginda keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN).

“Sebenarnya saya mendapat perkenan mengadap baginda Selasa pada jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguhkan selepas baginda menerima rawatan di IJN,” kata Presiden PKR itu.-SM

-SM

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button