Jenayah

Bayi baharu lahir mati ditikam

SEORANG bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemukan mati dengan kesan tikaman di Kemaman, Terengganu, hari ini. Susulan itu, polis telah menahan ibu bayi berkenaan yang berusia 15 tahun yang didakwa mangsa rogol.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Hanyan Ramlan berkata, pemeriksaan awal mendapati kesan tikaman di kiri dada bayi itu adalah akibat objek tajam.

“Keluarga mangsa tiada di rumah ketika kejadian dan suspek meminta bantuan rakan untuk menghubungi petugas kesihatan berhubung proses bersalin.

“Bagaimanapun petugas kesihatan mendapati bayi itu sudah tidak bermaya dengan kesan luka di dada,” katanya seperti dilaporkan Utusan.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat pada pukul 10 pagi tadi berhubung kejadian.

Hanyan berkata, ibu remaja itu telah berhenti sekolah tiga tahun lalu.

Beliau berkata, mayat bayi itu telah dibawa ke unit forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Polis juga telah mengenal pasti lelaki yang didakwa merogol remaja perempuan itu. – SM

 

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button