Jenayah

Sebahagian RM600,000 dirampas SPRM untuk bantuan Covid-19

ARMADA Bersatu mendakwa sebahagian RM600,000 yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) adalah untuk bantuan Covid-19.

Armada dalam satu kenyataan berkata, wang tersebut juga adalah untuk bantuan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

“Hal ini adalah kerana ketidak tentuan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari. Fasa pertama bantuan makanan telah diedarkan di seluruh negara pada bulan Ramadan.

“Bantuan kebajikan tambahan juga telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Ini adalah perkara asas bagi menjaga kebajikan ahli seperti mana yang dilakukan oleh Bersatu peringkat pusat,” kata kenyataan tersebut.

Media hari ini melaporkan SPRM telah merampas wang dipercayai disalah guna milik yang berjumlah RM600,000 dari rumah dua anggota Armada.

Pengarah siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali berkata, kedua-dua ahli Armada itu telah disoal siasat pada 5 Jun lalu ekoran laporan kehilangan RM250,000 di rumah bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Abdul Rahman.

“Setelah disoal siasat, pegawai pergi ke rumah kedua-dua anggota berkenaan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.

“Para pegawai menemui sejumlah RM600,000 wang tunai di dua lokasi,” katanya seperti dilaporkan oleh The Star.

Menurut Norazlan, pihaknya turut merampas sebuah kereta berharga RM100,000 yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang disalahgunakan.

BACA SPRM rampas RM600,000 daripada dua ahli Armada

Armada dalam kenyataannya mengambil maklum mengenai kenyataan media yang dikeluarkan oleh SPRM berkaitan wang RM600,000 yang dikatakan berkemungkinan penyelewengan wang.

“Armada Besatu Malaysia setegas-tegasnya tidak menyokong sebarang bentuk penyelewengan wang. Maka kami alu-alukan penyiasatan yang dijalankan dengan adil,

“Armada juga sedia bekerjasama dengan SPRM untuk menyiasat perkara tersebut selagi ia mengikut garis panduan dan prosedur yang betul. Kami sentiasa berpegang pada prinsip berani kerana benar,” kata kenyataan tersebut.

Sebelum ini beberapa pemimpin Armada ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya berkata, penangkapan itu adalah berhubung siasatan wang tunai RM250,000 yang dilaporkan hilang di rumah Syed Saddiq pada hujung Mac.

Syed Saddiq mendakwa, wang yang dicuri dari rumahnya itu adalah milik peribadi iaitu RM90,000 adalah miliknya; RM50,000 (ibunya) dan RM70,000 (bapanya).-SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button