Bola SepakSukan

Bayar segera baki gaji pegawai dan pemain Perlis United!

BAB gaji bukannya satu perkara yang lucu kerana yang sudah berkahwin perlu jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga kerana perlu bagi makan anak dan isteri.

Jadi peluang lain dicari dan dalam hati pasti membuak-buak perasaan untuk pergi bermain di padang sebelah yang dirasakan lebih hijau!

Yang bujang dan tidak berkeluarga, jangan kata tiada komitmen kerana tiada siapa yang boleh membantu dari segi kewangan apabila gaji tak masuk-masuk.

Mungkin itulah yang dirasai oleh Pegawai dan pemain bola kelab Perlis United FC (PUFC) yang sudah tidak mampu bertahan lagi dan mendesak supaya masalah tunggakan gaji mereka bagi bulan Ogos dapat diselesaikan segera.

Para pemain dan pegawai PUFC tidak perlu tunggu saingan Liga M3 Malaysia berakhir untuk mendapatkan baki tunggakan gaji mereka secepat mungkin dalam menghadapi baki empat perlawanan musim ini.

Tidak perlu tunggu lama-lama untuk selesaikan isu tunggakan gaji kerana masalah yang berlaku itu dilihat merencatkan kelab berpangkalan di Kangar yang kini bergelut dalam saingan Liga M3 apabila berada di tempat ketujuh daripada 13 pasukan yang bertanding.

Memetik laporan My Metro, Penolong Pengurus PUFC, Muhamad Khairulnizam Haris berkata, situasi itu juga ternyata menjejaskan ‘periuk nasi’ pemain dalam menyara keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup mereka ekoran daripada tunggakan pembayaran gaji itu.

“Kelab memerlukan peruntukan sebanyak RM100,000 dalam membayar tunggakan gaji yang sememangnya memberi kesan kepada pihak pengurusan dan pemain.

“Malah, ada pemain yang baharu sahaja menerima kehadiran bayi baru dan mereka juga perlu membayar komitmen bayaran sewa rumah, kereta dan pelbagai lagi,” katanya ketika ditemui di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, hari ini.

Kehadiran pemain kelab itu dalam sesi latihan juga dilihat begitu merosot berikutan permasalahan yang berlaku di mana ia dilihat sedikit sebanyak menjejaskan motivasi mereka untuk terus beraksi bagi baki saingan liga musim ini, katanya.

“Perkembangan ini amat merugikan pasukan yang sedang berada pada landasan terbaik bagi menamatkan saingan dalam Liga M3 musim ini.

“Malah, sekiranya PUFC menarik diri daripada saingan musim ini, kita akan berdepan hukuman penggantungan selama tiga tahun,” katanya.

Kemelut yang melanda PUFC ini mungkin membuatkan pemain yang merasakan diri mereka laku keras, boleh sahaja keluar dan menyertai kelab-kelab bolasepak lain. – SM

BACA Liga Malaysia: Kemasukan penyokong ke stadium akan dipertimbangkan

BACA Pasukan Liga Malaysia lega diberi kebenaran berlatih

 

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button