fbpx
Bola SepakSukan

Luqman Hakim terus pamer kecemerlangan di Belgium

PENYERANG skuad Bawah 19 Tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin terus mempamerkan persembahan cemerlang selepas menjaringkan satu gol bagi membantu kelabnya, KV Kortrijk menewaskan BX Brussels 2-1 dalam perlawanan persahabatan di Belgium, Sabtu lalu.

Pemain berusia 18 tahun kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkata, dia gembira dapat menemui kembali sentuhan jaringan buat kali kedua selepas meledakkan gol sulungnya sewaktu kelab itu tumpas 1-4 kepada KRC Gent, minggu lepas.

Luqman Hakim, bagaimanapun, enggan cepat berpuas hati, dan berikrar untuk bekerja keras bagi menambat hati pengurus kelabnya, Yves Vanderhaeghe.

“Memang sukar untuk saya kerana ini kali pertama saya bermain di Eropah, dan semua pemain bekerja keras, tetapi ia bagus buat saya kerana saya boleh belajar daripada mereka (tentang bagaimana meningkatkan permainan),” kata Luqman Hakim yang dipetik kenyataannya menerusi media sosial KV Kortrijk.
Luqman terbang ke Belgium, bulan lalu, selepas menandatangani kontrak selama lima tahun bersama KV Kortrijk, bulan lalu.

Kelab itu dimiliki oleh usahawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan. – BERNAMA


(Visited 6 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button