Sukan

BAM Ini Kami Yang ‘Punya’, Engkau Netizen Komen Pasal Lee Zii Jia Pun Bukan Dapat Apa?

Masih belum berjumpa dengan kata-kata yang indah selepas spekulasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggantung pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bertebaran dalam media sosial.

Sehinggakan yang terbaharu, Timbalan Presiden 2 BAM, Datuk Sri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, mereka bukannya menggantung tetapi tidak mendaftar Lee Zii Jia di sebarang kejohanan.

Sehubungan itu kalau Lee Zii Jia terus harapkan BAM, memang selama dua tahunlah tidak akan didaftarkan daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa bermula 18 Januari 2022.

Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim pula mendedahkan BAM memang bermasalah sejak dari dahulu lagi dan ramai orang yang hebat-hebat terpaksa buat BAM seperti ‘tandas’.

“Bukan pasal pemain atau atau jurulatih. Benda ini perlu disiasat terutama oleh Pesuruhjaya Sukan.

“Chong Meng masuk ke dalam BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita. Fikirlah tak sampai dua tahun dia letak jawatan.

“Dalam pada waktu itu, Chong Meng berjaya membentuk beregu wanita. Sekarang ini Zii Jia pula. Jadi saya rasa perkara ini memang perlu disiasat,” katanya dalam sebuah video yang tular.

Roslin berkata demikian mengulas isu panas Zii Jia yang memilih untuk meninggalkan BAM.

Sementara itu, berikut adalah antara komen netizen yang ditinggalkan berhubung isus BAM dan Zii Jia.

Dah Status Pro, Cari Sponsor Jer

Sokong Zii Jia Dineutralisasikan Sebagai Wakil Singapura

Apa pula komen anda berhubung perkara ini? Tinggalkan pada ruangan komen Suara Merdeka!

(Visited 2,298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button