Kemalangan

Abang Ali Semboyan Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Jalan Raya

Dengan raut wajah yang tegas dan sering bersama Yusof Azmi, Ali Salimin atau pun lebih dikenali dengan panggilan Abang Ali kini dilaporkan sudah meninggal dunia.

Abang Ali merupakan antara watak penting penting dalam memperjuangkan isu-isu rakyat sama ada bersama PPIM suatu masa dahulu dan kini bersama Semboyan.

Selain gambar motorsikal berkuasa tinggi Abang Ali tular dalam kumpulan Whatsapp, berikut adalah respon Yusof Azmin.

“Mohon maaf, saya tidak dapat jawab sebarang panggilan. Saya sekarang dalam perjalanan ke Hospital Muar, Johor bagi menuntut dan mandikan jenazah Allahyarham Ali Bin Salimin (Abg Ali).

“Mohon doa saudara-saudari semua bermurah hati sedekahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarham Ali Bin Salimin (Abg Ali).”Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, Sejahtera dan maafkanlah dia,” tulis Yusof.

Al-Fatihah buat Abang Ali

(Visited 20,268 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button