Nasional

Hajiji sembuh Covid-19, dibenarkan pulang

KETUA Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Moh.d Noor telah pulih daripada jangkitan Covid-19. Turut dilaporkan pulih isterinya, Datin Seri Julia Salag.

Kedua-dua mereka dibenarkan keluar dari dari Wad Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, pagi ini.

Hajiji yang bimbang dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 di Sabah berkata, Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan wabak itu.

“Yang penting ialah rakyat mesti berdisiplin, bekerjasama dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan”, katanya.

Hajiji disahkan positif Covid-19 pada 9 Oktober lalu beberapi hari selepas Pilihan Raya Negeri Sabah tamat.

Sabah kini menjadi negeri yang merekodkan jangkitan Covid-19 dalam Malaysia.-SM

 

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button