Hiburan

‘RM1 juta adalah untuk pengorbanan saya’ – Lufya Omar

PENYANYI dan pelakon Lufya Omar, 38, menyifatkan tuntutan mut’ah (nafkah) RM1 juta yang dibuatnya terhadap bekas suaminya sebagai “keadilan atas pengorbanannya”.

Lufya, bekas peserta Akademi Fantasia Musim ke-6 memberitahu Harian Metro Online semalam bahawa jumlah yang dituntutnya daripada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum mengambil kira pengorbanan sebagai isteri dan ibu sepanjang empat tahun perkahwinan mereka.

“RM1 juta itu adalah jumlah yang berpatutan untuk pengorbanan saya sebagai seorang isteri dan ibu,” katanya sambil menambah dia juga pernah difitnah oleh bekas suaminya.

Tambah Lufya, dia terpaksa menuntut sejumlah besar daripada Dr Che Muhammad Hafiz kerana kos sara hidup semakin meningkat dan anak perempuan mereka Laana Haura yang berusia 5 tahun akan bersekolah rendah dalam tempoh setahun.

“Saya mempunyai pendapatan tetap sebagai artis tetapi selepas berkahwin saya terpaksa menghabiskan lebih banyak masa di rumah sebagai ibu kepada Laana.

“Sebagai ibu tunggal sekarang, saya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan semula kehidupan dan merancang masa depan Laana,” kata Lufya sambil menambah dia tidak pernah meminta wang bekas suaminya.

Dr Che Muhammad Hafiz dan Lufya telah berkahwin pada 26 Nov 2016 dan bercerai pada 17 Jun 2020.

Lufya membuat tuntutan mut’ah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 2 Mac lalu. -SM

BACA JUGA : Anak Lufya Omar hampir diculik

 

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button