Hiburan

Aliff Iskandar tidak akan buat pilihan

PENDATANG baharu dalam industri hiburan tanah air, Aliff Iskandar mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya untuk mencipta nama sebagai pengkarya seni.

Berusia 21 tahun, Aliff Iskandar yang hadir sebagai tetamu jemputan dalam segmen bual santai, Mai Sembang Live Suara Merdeka yang disiarkan secara langsung di Facebook Suara Merdeka petang semalam berkata, dalam tempoh enam ke tujuh bulan menjadi penyanyi, beliau telah melahirkan dua buah single termasuk single terbaharu berjudul Perit.

Kedua-dua single itu, kata Aliff Iskandar, ciptaannya sendiri dan buat masa ini, beliau selesa menghasilkan lagu sendiri untuk dinyanyikan.

Bagaimanapun kata Aliff Iskandar, beliau tidak menolak jika ada komposer yang ingin memberikan lagu untuk dirakamnya.

“Sebagaimana saya ada simpanan lagu untuk diberikan kepada mana-mana penyanyi, saya juga tidak menutup pintu kepada mana-mana komposer di luar sana yang sudi untuk memberi lagu kepada saya untuk dirakamkan.


“Saya akui juga bahawa dua single yang saya cipta, disasarkan untuk runit bunyi drama kerana itulah trend untuk penyanyi dikenali peminat,” ujar beliau.

Kata Aliff Iskandar lagi, selain daripada bidang nyanyian dan boleh bermain alat muzik seperti gitar dan keyboard, beliau perlu memenuhi hasrat keluarga yang mahu beliau menjadi guru.

Untuk itu, Aliff Iskandar sedang mengikuti kursus perguruan di salah sebuah institusi perguruan di ibu kota.

“Jika ditanya, saya mahu meneruskan langkah dalam bidang seni kerana sejak berusia tujuh tahun lagi, saya minat menyanyi manakala bidang perguruan pula adalah hasrat keluarga yang perlu saya penuhi.

“Jika tiba di persimpangan antara bidang seni dan perguruan, saya akan tetap berada dalam kedua-dua bidang ini,” katanya. – SM

(Visited 18 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button