Hiburan

Amira Othman terkejut air kencing jadi hitam

SIAPA yang tidak terkejut bila melihat air kencing bertukar warna hingga menjadi hitam.

Berkongsi pengalaman mendebarkan itu, penyanyi, Amira Othman memberitahu perkara tersebut terjadi kerana senaman berlebihan yang dilakukannya.

“Otot pada badan saya pecah dan berdarah hingga mengganggu fungsi organ dalam badan termasuk buah pinggang dan limpa.

“Darah daripada otot yang pecah telah mengganggu buah pinggang dan limpa hingga menyebabkan air kencing menjadi hitam,” katanya.

Menurut Amira yang kini masih mendapatkan rawatan di hospital, doktor memaklumkan yang buah pinggangnya berada dalam keadaan baik manakala limpanya pula sedang dipantau.

Amira turut memberitahu kepada peminat dan orang ramai supaya tidak melakukan senaman secara melampau bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

“Jangan kerana ingin kurus atau kekal cergas, kita buat senaman secara melampau hingga memaksa badan sendiri.

“Kita kena kawal kerana setiap individu mempunyai tahap kemampuan yang berbeza,” katanya.

Dalam pada itu, Amira menganggap apa yang dihadapinya adalah sebahagian daripada dugaan Allah terhadapnya.

Jelasnya, dia menangis hampir setiap hari kerana menanggung sakit sama ada ketika sedar, tidur mahupun duduk.

Tambahnya, dia tetap menguatkan semangat dan menganggap ada hikmah di atas ujian yang diberikan kepadanya. -SM

(Visited 1,058 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button