Nasionalpilihan

RM1.9 juta atasi serangan babi hutan, kera

Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM1.9 juta bagi membina perangkap hidupan liar khususnya untuk menangkap babi hutan dan kera di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, peruntukan itu berikutan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka menerima sebanyak 1,500 aduan berkaitan gangguan daripada dua haiwan tersebut tahun lalu.

Menurutnya, kehadiran haiwan berkenaan menganggu penduduk dan merosakkan pelbagai tanaman dianggap serius berikutan aduan yang diterima.

Beliau berkata, mengikut rekod daerah Alor Gajah mencatat aduan paling tinggi sebanyak 2,908 bagi tempoh 2019 hingga Jun 2023 dikuti Melaka Tengah (2,833) dan Jasin (1,518).

Ujarnya, aduan spesies haiwan yang diterima Perhilitan iaitu kera sebanyak 6,221 dikuti babi (670), lotong (153), musang pandan (95), beruk (41), buaya (41) dan lain-lain spesies (38).

“Masalah babi hutan dan kera menganggu-gugat kehidupan rakyat di negeri ini dianggap serius kerana tahun sudah Perhilitan menerima sebanyak 1,500 aduan.

“Sehubungan itu kerajaan negeri memberi isentif sebanyak RM1.9 juta untuk membina perangkap buat dua spesies haiwan ini bagi mengurangkan kesan-kesan hidupan liar kepada masyarakat di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Perangkap Hidupan Liar Bagi Program Basmi Musuh Tanaman di Pusat Pendidikan Biodiversiti Tanjung Tuan yang turut dihadiri Pengarah Perhilitan Melaka, Petra Sulai di sini hari ini.

Mengulas lanjut Muhamad Akmal berkata, isentif yang diberikan kerajaan negeri diharap dapat mengurangkan aduan berhubung kehadiran haiwan liar ini menganggu di sekitar penempatan penduduk.

Beliau berkata, sebagai permulaan sebanyak 100 daripada 316 perangkap hidupan liar akan ditempatkan di semua Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun).

Menurutnya, daripada jumlah tersebut 70 unit bagi perangkap babi hutan, 100 unit perangkap kera kecil dan 46 unit perangkap pindah kera. – SM

(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button