NasionalNegeri

Bantuan Am JKM untuk golongan rentan naik 100 peratus

Berita gembira untuk golongan rentan di Perlis apabila Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan sehingga 100 peratus pada pengumuman Belanjawan 2024 hari ini.

Sekaligus ia akan memberi manfaat kepada 2,600 penerimanya di mana golongan rentas ini terdiri dari keluarga atau individu tidak berkemampuan, ibu tunggal, pesakit, Orang Kurang Upaya (OKU), tanggungan banduan, individu terbiar/diabaikan, warga emas dan pesakit kronik atau OKU terlantar.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, dengan ini menjadikan kadar bantuan yang akan diterima mereka adalah antara RM200 hingga RM400 sebulan.

Mohd Shukri semasa membentangkan Belanjawan 2024 Perlis dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di Kangar hari ini. – Gambar FB SUK Perlis

Berikutan itu katanya, kerajaan negeri memperuntukkan RM6.65 juta setahun iaitu pertambahan sebanyak RM50,000 berbanding peruntukan sepenuhnya.

“Menjunjung kasih juga ke atas perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di atas kelulusan pemberian tambahan sebanyak RM400 seorang kepada semua penerima Bantuan Am JKM sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, ini bermakna, jumlah maksimum yang akan diterima oleh penerima Bantuan Am adalah RM800 sebulan.

Semasa sidang media, Mohd Shukri berharap penerima bantuan yang sihat supaya menggunakan Bantuan Am ini untuk mengusahakan sesuatu bagi mengubah corak hidup supaya lebih berdaya maju.

“Kerajaan kalau boleh mahu menurunkan angka penerima Bantuan Am ke peringkat minima,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan terus menyalurkan bantuan berbentuk peralatan bagi membantu golongan asnaf.

Katanya, pihaknya akan sentiasa memantau bagi memastikan bantuan peralatan ini digunakan sepenuh untuk berdikari. – SM

BACA Penjawat awam di Melaka terima Bantuan Khas Penghargaan RM300

BACA MAIPs salur RM3.06 juta Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button