HiburanMahkamah

Saksi pertama defendan ketiga Datuk Seri Amir tak mengaku berat sebelah

Kes Datuk Aishah tuntut lot tanah banglo

SAKSI pertama defendan ketiga, Pengarah Urusan dan Operasi syarikat Bina Megah Empayar (BME), Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa, 50, memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak berat sebelah terhadap artikel yang dijadikan bahan bukti dalam kes saman, penyanyi Datuk Wan Aishah Wan Ariffin, hari ini.

Defandan ketiga itu  juga menafikan beliau bersifat selektif terhadap artikel yang memihak kepadanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemeriksaan balas oleh peguambela plaintif, Muhammad Izwan Azmi di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, Rofiah Mohamad apabila mahkamah sambung bersidang selepas berhenti rehat.

“Kalau artikel berat sebelah, tak boleh jadi bukti, tak boleh. Datuk selektif. Rujuk kepada Ikatan Pleading, Datuk kata, di muka surat 17, tolong jelaskan pada mahkamah, artikel itu berat sebelah atau tidak?,” soal Izwan.

Saksi: Ya.

Izwan: Ya apa?

Ya berat sebelah, jawap saksi.

Izwan seterusnya bertanya kepada saksi defendan ketiga tentang perjumpaan di Bukit Jalil.

Menurut Peguam Izwan, memandangkan saksi defendan tidak ada kontrak maka tak perlu jumpa. Jelaskan.

“Perjumpaan itu adalah atas permintaan plaintif untuk selesaikan hadiah penajaan,” jawap saksi.

Teaser diserahkan kepada Datuk (saksi defendan ketiga) untuk approval. Ditanya peguam, Datuk tak setuju.

Saksi: Tidak approve sebab sebenarnya tidak ada apa-apa  pun yang ditunjukkan kepada saya sebelum mereka (Astro) mengeluarkan teaser tersebut.

Izwan: Adalah tanggungjawab atau duty Datuk nak betulkan kesalahan jika ada kesalahan.

Saksi: Tak setuju.

Izwan: Tak setuju, Datuk kata demi kawan-kawan  tapi Datuk tak setuju berkenaan tanggungjawab.

Saksi: Itu tanggungjawab Astro. Apa yang ditawarkan itu tak sama dengan ahli perniagaan.

Izwan: Tanah tak cukup satu ekar, Datuk cuba kaburi mata mahkamah.

Saksi: Saya bukan bertujuan mengaburi mahkamah. Tanah tu tak sempat buat pecahan kepada status bangunan (dari status tanah pertaniah). Pecah lot bangle, dalam proses itu, saya disaman.

Izwan: 10 bulan Datuk tak buat apa-apa dan serah urusan pada seorang bernama Najib.

Saksi: Asalnya tanah dia. Pecahkan lot, harus dia submit dulu untuk jadikan geran dan diserah pada saya. Najib tak ada kena mengena dengan saya.

Izwan: Datuk rujuk pada artikel MStar, saya berjanji…tak kan saya sebagai artislah… siapa tulis artikel ini? Kharami Hashim. Bukan Datuk yang tulis?

Saksi: Bukan.

Peguam Izwan tiada lagi soalan terhadap saksi defendan ketiga.

Mahkamah melepaskan saksi pertama defendan ketiga dan mahkamah berhenti rehat. – SM

(Visited 426 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button