Luar Negara

Bantuan kemanusiaan antarabangsa mula tiba di Gaza

SELEPAS gencatan senjata antara penceroboh Israel dan pejuang Hamas dicapai semalam bantuan antarabangsa dilaporkan mula tiba di Gaza.

Trak daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mula membawa ubat-ubatan, makanan dan minyak ke Semenanjung Gaza selepas beberapa pintu sempadan antarabangsa dibuka.

Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Margaret Harris meminta akses segera bagi bekalan dan kakitangan kesihatan kerana kemudahan kesihatan di wilayah itu berisiko dilimpahi ribuan mangsa yang mengalami kecederaan.

Lapor BBC, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru agar mewujudkan koridor supaya mangsa yang cedera dapat dipindahkan.

Sementara itu agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (Unwra) mengatakan keutamaannya adalah untuk mengenal pasti dan menolong puluhan ribu orang yang kehilangan tempat tinggal, dan pihaknya segera meminta bantuan berjumlah AS$38 juta.

Kementerian perumahan Gaza mengatakan 1.800 unit perumahan tidak layak untuk hidup dan 1.000 telah musnah.

“Kerosakan yang ditimbulkan dalam waktu kurang dari dua minggu akan memakan waktu bertahun-tahun, jika tidak puluhan tahun, untuk dibangun kembali,” kata Fabrizio Carboni, pengarah Timur Tengah untuk Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).-SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button