Luar Negara

Wanita cedera parah diserang empat bulldog peliharaan

SEORANG wanita cedera parah dalam serangan ngeri oleh empat anjing peliharaannya di kediamannya.

Polis bersenjata telah bergegas ke hartanah di Assam Close di St Helens, United Kingdom dengan sejumlah besar kenderaan kecemasan yang turut datang termasuk ambulans dan kru.

Mengikut laporan awal daripada Polis Merseyside, empat anjing itu adalah daripada baka bulldog dan wanita itu dikatakan mengalami kecederaan yang serius.

Jiran-jiran yang berada di kawasan itu mengatakan perkhidmatan kecemasan berada di tempat kejadian selama lebih daripada satu jam ketika mereka melihat polis memuatkan seekor anjing kecil ke dalam sebuah van yang tidak bertanda.

Jurucakap Polis Merseyside berkata perkhidmatan kecemasan datang ke Sutton pada semalam.

“Kira-kira pada pukul 10.5 pagi, polis dipanggil untuk ke kawasan Reginald Road berdasarkan laporan seorang wanita diserang empat ekor anjing, yang pada mulanya dicirikan sebagai baka bulldog.

“Wanita itu cedera parah dan dibawa ke hospital,” katanya.

Dalam pada itu, Polis Merseyside berjaya menangkap empat ekor anjing itu.

Baka anjing bulldog memang dikenali sebagai baka yang agresif berbanding anjing baka lain. – SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button