Ekonomi

Bank Rakyat terus menggalakkan kawasan luar bandar mengunakan platform digital

Bank Rakyat terus komited mentransformasikan ekonomi digital di kawasan luar bandar demi memacu aktiviti ekonomi digital luar bandar.

 

Satu program Digital Desa telah diadakan di kawasan luar bandar, Kampung Taginambur, Kota Belud, Sabah, bagi menggalakkan penduduk mengunakan perkhidmatan e-perbankan dan e-pembayaran melalui platform digital bank berbanding pembayaran tunai.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman inisiatif ini di Kawasan luar bandar ini dengan memperkasa masyarakat setempat termasuk peniaga untuk menerima dan menyesuaikan aktiviti pendigitalan dalam urusan perniagaan dan kehidupan seharian.

 

“Program Digital Desa ini diadakan bagi menyediakan penyelesaian kewangan digital yang mampan dan inklusif kepada masyarakat luar bandar termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk mengadaptasikan penggunaan perkhidmatan perbankan dan pembayaran elektronik seperti DuitNow QR dan MyDebit dalam operasi perniagaan mereka.

 

Selain itu, Bank Rakyat turut memperkenalkan tawaran produk perbankan runcit melalui platform Bank Rakyat Quick (BRICK) serta produk perbankan perniagaan melalui platform Quick Response to Entrepreneurs (QR2E) untuk komuniti di sini,” katanya.

Dalam pada itu turut program ini turut memberi manfaat kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang yang telah membuka Akaun Simpanan-i melalui platform BRICK serta pembukaan Akaun Semasa-i Elektronik (eCA-i) dan pendaftaran aplikasi i-MerchantRAKYAT oleh penjaja di sekitar Kota Belud.

 

“Kami sentiasa meneroka peluang baharu untuk membantu mencapai keperluan dan jangkaan masyarakat di desa menerusi pelbagai inisiatif dan perkhidmatan, bertepatan dengan nilai kesejahteraan Malaysia Madani untuk bersama-sama menikmati kemakmuran digital selaras dengan keperluan semasa,” ujar Dato’ Dr. Mohammad Hanis.

 

Menurutnya lagi, inisiatif ini juga sejajar dengan saranan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mempercepatkan penggunaan transaksi tanpa tunai yang membawa kepada peningkatan ke terangkuman kewangan dalam kalangan masyarakat.

 

Selain itu, Bank Rakyat turut melancarkan aplikasi i-MerchantRAKYAT yang dilengkapi dengan DuitNow QR sebagai kemudahan khusus untuk usahawan PMKS serta koperasi bagi membolehkan penerimaan bayaran melalui kod QR.

 

“Aplikasi i-MerchantRAKYAT telah mula diperkenalkan kepada pelanggan sejak 31 Oktober 2023 dan telah mencapai sebanyak 2,000 pendaftaran setakat ini.

 

“Kemudahan ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan boleh digunakan di manamana sahaja, tetapi mampu meningkatkan kecekapan pengurusan perniagaan dan kewangan agar lebih efisien,” tambah beliau.

Artikle Berkaitan :>

Bank Rakyat kembali penuhi impian pelanggan

RM50 juta pembiayaan usahawan mikro dari Bank Rakyat

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button