Ekonomi

Saham Barakah Offshore meningkat pada awal dagangan

SAHAM-SAHAM Barakah Offshore Petroleum Bhd meningkat pada awal dagangan hari ini selepas firma minyak dan gas (O&G) itu merekodkan keuntungan bersih bagi tempoh suku ketiga berakhir 31 Mac, 2020 (3Q20).

Pada 10.10 pagi ini, saham Barakah Offshore naik 2.5 sen kepada 4.5 sen dengan 159.08 juta saham saling berpindah tangan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin, syarikat itu melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM17.53 juta bagi 3Q20 berbanding kerugian bersih RM41.93 sebelum ini.

Bagaimana pun, perolehan hasil syarikat bagi suku tersebut merosot kepada RM23.71 juta daripada RM50.43 juta tahun ke tahun berikutan penyusutan sumbangan segmen saluran paip dan khidmat pengoperasian serta perkhidmatan pemasangan dan pembinaan akibat kelewatan tempahan kerja daripada syarikat minyak dan pemain O&G utama.

Bagi kemajuan masa depan, Barakah Offshore menyasarkan untuk terus meninjau peluang dalam pasaran antarabangsa serta industri tidak berkaitan sektor O&G.

Ia juga merancang untuk memanfaatkan kemampuan serta rekod prestasinya yang dijadikan sebahagian daripada strategi pengembangan syarikat tersebut.

Selain itu, pada masa sama, syarikat itu akan terus memberi tumpuan untuk meningkatkan lagi kecekapan operasi serta pengurangan kos dalam usaha memastikan kelangsungan perniagaan. – BERNAMA

 

(Visited 532 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button