Ekonomi

Bank Rakyat kembali penuhi impian pelanggan

BANK RAKYAT kini kembali menawarkan peluang baharu kepada 10 orang pelanggan yang bertuah untuk merealisasikan hasrat mereka menerusi program Bank Rakyat Penuhi Impian 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, Berikutan sambutan yang menggalakkan pada tahun 2022, Bank Rakyat meneruskan penganjuran kali kedua program ini yang bermula 15 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024.

“Program ini melambangkan komitmen Bank Rakyat dalam menghargai keyakinan dan kesetiaan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan Bank Rakyat selama ini,” ujar Dato’ Dr. Mohammad Hanis.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman

Tambah beliau, program ini diperkenalkan semula dengan objektif bagi mencetuskan semangat masyarakat agar terus berusaha menjadikan impian dan harapan sebagai satu realiti terutama dalam menempuh tahun baharu yang bakal tiba dengan menawarkan peluang keemasan kepada semua pelanggan Bank Rakyat menerusi program ini.

Sementara itu, Dato’ Dr. Mohammad Hanis berkata, beliau berpendapat bahawa inisiatif ini yang juga bermatlamat untuk memberi anjakan kepada kesejahteraan masyarakat adalah amat bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI dari aspek keseimbangan dan kemajuan ekonomi.

Program kali ini membuka peluang lebih besar kepada pelanggan yang melanggan pembiayaan Bank Rakyat termasuk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Pajak Gadai-i, Kad Kredit-i, Pembiayaan Mikro-i, Akaun Semasa-i, Akaun Simpanan-i, Akaun Pelaburan-i dan Takaful.

Kempen sebelum ini telah merealisasikan impian pelanggan termasuk mendapatkan rawatan pembedahan mata, menerima rawatan IVF, membawa ibu bapa menunaikan umrah, kemudahan sesi pembelajaran di sekolah serta mengembangkan perniagaan mereka.

Pelanggan yang berminat boleh menghantar penyertaan dengan memuat naik impian yang ingin mereka kecapi ke media sosial dengan meletakkan tanda pagar #BankRakyatPenuhiImpian2024 di bahagian kapsyen sepanjang tempoh program tersebut berlangsung.

Selain itu, pelanggan juga boleh kongsikan impian mereka ke alamat e-mel [email protected] atau menerusi penghantaran borang di cawangan Bank Rakyat yang berhampiran.

Maklumat lanjut berhubung program tersebut boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.bankrakyat.com.my dan media sosial rasmi @mybankrakyat atau menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di 1-300-80-5454 serta berkunjung ke cawangan yang berdekatan. – SM

Artikel berkaitan > Bank Rakyat bantu realisasi hasrat 22 pelanggan

(Visited 412 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button