Sukan

BAM gugurkan tiga pemain

Lee Shun Yang, Chia Jeng Hon dan Rex Hooi Shao Heng adakah pemain yang digugurkan oleh BAM daripada Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Menurut jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan Sugianto keputusan itu berdasarkan penilaian prestasi atlet terbabit ketika beraksi pada kejohanan antarabangsa dan semasa menjalani sesi latihan.
“Ini kali pertama saya rasakan pengguguran paling sukar, kebiasaannya kita hanya gugurkan satu dua sahaja.
“Penilaian prestasi mereka dinilai dalam kejohanan serta turut berdasarkan data,” katanya pada sidang media penilaian pemain kebangsaan di ABM, Bukit Kiara di sini hari ini.
Hendrawan berkata Shun Yang bagaimanapun dibenarkan untuk kekal berlatih di akademi itu selain turut ditawarkan sebagai rakan sepelatih (sparring) kepada pemain sedia ada.
(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button