Sukan

Emas paralimpik layakkan Bonie dapat insentif RM1 juta

ATLET powerlifting kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin layak mendapat insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), selepas memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, hari ini.

Malah Bonnie turut memecahkan rekod temasya itu pada persembahan di Tokyo International Forum dengan angkatan terbaiknya 228 kilogram (kg) dalam kelas 72kg lelaki.

Berdasarkan imbuhan SHAKAM, pemenang emas di Sukan Olimpik atau Paralimpik layak menerima insentif RM1 juta manakala perak RM300,000 dan gangsa RM100,000 selain.

Selain itu paras pemenang pingat ini juga turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) yang diberikan secara bulanan untuk sepanjang hayat dengan pemenang emas diberikan RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin pada sidang akhbar secara maya hari ini berkata, Bonnie dijadual menerima imbuhan tambahan daripada penaja FWD Takaful Berhad.

“Untuk makluman insentif memang sama, tak ada perubahan. (Bonnie akan terima) sama seperti atlet di Paralimpik Rio dan atlet di Olimpik sebelum ini.

“Cuma kita ada tambahan daripada penaja seperti dimaklumkan bekas Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican) iaitu daripada FWD Takaful Berhad, mereka akan tambah lagi hadiah kemenangan.

“Jadi, Bonnie akan menerima (ganjaran) daripada kerajaan dan daripada penaja ini yang diusahakan oleh MSN (Majlis Sukan Negara),” katanya.

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button