Sukan

Atlet Rusia dan Belarus diharamkan sertai Sukan Paralimpik Beijing

RUGI bagi pihak atlet negara yang diharamkan dariapda menyertai Sukan Paralimpik Musim Sejuk yang diadakan di Beijing, China.

Semua ini berlaku gara-gara pergolakan di Rusia dan Belarus yang kesannya dalam sidang sukan, ditanggung oleh para atlet yang pasti kecewa kerana tidak dibenarkan menyertai sukan bertaraf olimpik.

Itulah keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang tidak membenarkan atlet Rusia dan Belarus bertanding dalam acara Sukan Paralimpik Musim Sejuk di Beijing.

Keputusan itu dibuat rentetan daripada serangan yang dilakukan oleh Rusia terhadap Ukraine dengan Belarus dikaitkan turut sama terlibat dan memainkan peranan dalam kancah peperangan itub.

Pengumuman IPC dibuat sehari selepas atlet kedua-dua negara itu diberi lampu hijau untuk menyertai kejohanan sukan itu sebagai pihak neutral berdasarkan pendirian badan berkenaan bahawa ia telah mematuhi peraturan manakala atlet dianggap “bukan penyerang”.

Bagaimanapun, susulan mesyuarat khas, lembaga pentadbiran IPC telah memutuskan tidak membenarkan dan sekaligus, menafikan penyertaan atlet dari RPC dan NPC Belarus ke Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022, kata badan itu dalam satu kenyataan.

“Ini bererti para atlet dari negara terbabit tidak lagi dibenarkan menyertai kejohanan sukan yang bermula pada 4 Mac 2022.

“Apa yang jelas adalah keadaan yang semakin meruncing itu kini meletakkan kita dalam kedudukan unik dan sukar kerana tarikh acara sukan itu semakin dekat,” ujarnya.

Keputusan yang diambil itu telah dikecam pelbagai badan sukan dan ramai yang menggesa IPC menarik balik keputusan yang telah dibuat.

Kontinjen Rusia yang terdiri daripada 71 atlet telahpun berada di Beijing sempena Kejohanan Sukan Paralimpik Musim Sejuk. – SM

(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button