Alam SekitarBencana alam

Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung berjaya dipadamkan

NIBONG TEBAL: Kebakaran lebih 11 hektar tapak pelupusan sampah Pulau Burung hampir padam.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata, jawatankuasa pengurusan bencana daerah Seberang Perai Selatan (SPS) mendapati 98% kebakaran yang bermula pada 12 Jan lalu berjaya dipadamkan.

“Selepas hampir tiga minggu, kami berjaya memadamkan hampir 98% kebakaran di kawasan tapak pelupusan sampah, dengan hanya 2% masih menyala di Sektor 5 hari ini.

“Berdasarkan maklumat jawatankuasa bencana, kebakaran berjaya dikawal. Bagaimanapun, operasi masih diteruskan dengan kerja mengepam air di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata kerja-kerja memadam kebakaran yang sebelum ini dilakukan oleh pihak bomba dan dibantu Majlis Bandaraya Pulau Pinang, pasukan pertahanan awam dan pasukan bomba sukarela, akan diteruskan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai dan pengurusan tapak pelupusan sampah. Syarikat, PLB Terang Sdn Bhd.

Phee juga berkata pusat pemindahan penduduk yang dipindahkan dari kawasan berhampiran kebakaran tapak pelupusan dan pusat kawalan operasi bencana akan terus beroperasi.

Beliau berkata seramai 44 orang daripada 10 keluarga telah ditempatkan di SK Saujana Indah sejak 16 Jan lepas dan mereka akan dibenarkan pulang setelah kualiti udara di kawasan itu selamat.

“Hari ini, bacaan indeks bahan pencemar udara di stesen SJKT Ladang Byram mencatatkan paras sederhana (79), iaitu lebih baik berbanding semalam (88),” katanya.

Kebakaran tapak pelupusan itu bermula kira-kira jam 5 petang pada 12 Jan dan penduduk berhampiran diminta berpindah ke pusat berkenaan, manakala 10 sekolah di sekitar diarah tutup.

Pada 22 Jan, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, siasatan semula pihak bomba ke atas tapak pelupusan itu mendapati kawasan itu seluas lebih 33 hektar, dengan kira-kira 11 hektar terbakar.

 

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button