NasionalNegeri

Webinar YTF: 647 peserta hadir, 53,118 tonton atas talian tempoh 15 bulan

Sejak siri pertama Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) diperkenalkan 15 bulan yang lalu iaitu pada September 2021, seramai 647 peserta telahpun hadir secara fizikal dan 53,118 lagi telah menonton secara atas talian program tersebut.

Demikian dititahkan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selepas berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Penasihat DiRaja YTF, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri dari Tan Sri Prof Dr. Ng Yen Yen, Datuk Yeoh Soo Min, Datuk M. Rajasekaran dan Datuk Charon Wardini Mokhzani.

Baginda amat bersukacita atas segala kerjasama, bantuan serta komitmen yang tidak terhingga dihulurkan oleh setiap kepimpinan organisasi, seluruh warga kerja serta para panelis dan moderator yang hebat-hebat belaka dalam
menjayakan penganjuran program seminar tersebut sehingga ke hari ini.

Titah Tuanku Raja Puan Muda, antara agensi dan organisasi yang sudahpun bekerjasama dengan YTF dalam menjayakan inisiatif bertemakan ‘Women In Search Of Excellence’ bekenaan adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Universiti Sains Malaysia (USM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) serta Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Setakat ini jumlah terbanyak ialah yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan 9,100 penonton.

Titah Tuanku Lailatul Shahreen, YTF juga sedang membuat perancangan awal dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 22 Disember 2022, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) (17 Januari 2023), World Trade Centre (WTC) (Februari 2023) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (Mac 2023) pada akan datang nanti. – SM

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button