fbpx
Hiburan

Astro ‘belanja’ saluran filem sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

ASTRO akan membuka semua saluran filemnya secara percuma kepada pelanggan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Menurut Astro Awani, pelanggan boleh mengekses semua saluran filem tersebut bermula 6 pagi esok sehingga 31 Mac ini.

Peminat filem dapat menikmati musim baharu siri ‘Westworld’ di HBO, filem-filem ‘blockbuster’ seperti ‘Avengers: End Game’ di Fox Movies, filem terbaik Anugerah Academy 2020, ‘Parasite’ di tvN Movies dan pelbagai lagi.

Saluran filem yang dibuka adalah  BOO, HBO, Cinemax, FOX Movies, FOX Family Movies, FOX Action Movies, tvN Movies, Celestial Movies, Astro Citra, Tayangan Hebat, Thangathirai, BollyOne, HITS Movies dan Celestial Classic Movies.-SM


Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button