Hiburan

Wings tetap laku di akhir tahun 2019

KALAU dikira artis berkumpulan di Malaysia memang banyak termasuklah kumpulan Search, Slam, Exists, XPDC tetapi kumpulan Wings tetap laku kalau mengadakan persembahan.

Konsistensi Wings mengadakan persembahan termasuk di atas pentas Istana Budaya sehingga ke pentas di Melaka dikhabarkan berjaya menarik peminat bukan 100 – 200 orang tetapi mencecah 1,000.

Bagus bagi Wings yang  menutup tirai tahun 2019 dengan sebuah persembahan yang diangkat sebagai Konsert Inspirasi Taming Sari di Melaka bertempat di Menara Taming Sari.

Esok, masuk sahaja tahun baharu 2020, usia kumpulan Wings 35 tahun dalam persada seni dan apa lagi yang ingin dicapai oleh Wings, hanya mereka sahaja yang tahu dan peminat menunggu.

Akan tetapi, dalam tempoh tiga dekad Wings berdiri sebagai artis berkumpulan, perubahan dan anjakan yang cuba dilakukan oleh Wings untuk terus laku keras setiap kali mengadakan persembahan atau konsert dapat diterima peminat.

Tidak kira sama ada peminat lama yang membesar dengan Wings ataupun koleksi peminat baharu.

Justeru, kesungguhan anggota kumpulan, khususnya vokalis, Awie dipaparkan menerusi penampilan dari segi pakaian iaitu mengenakan busana hulubalang Melayu.

Semestinya selain daripada mengekalkan vokal agar nyanyian Awie tetap sedap didengar, senarai lagu-lagu malar segar Wings menjadi lagu yang boleh dinyanyi bersama oleh hadirin yang hadir menyaksikan persembahan di Menara Taming Sari.

Mungkinkah tahun 2020, Wings boleh mengadakan persembahan di luar Malaysia pula kerana sudah tiba masanya, penaja dan kerajaan negeri atau pun agensi-agensi kerajaan buka mata dan membantu untuk membawa artis berkumpulan dari Malaysia ke negara Eropah.

Mengapa mesti Wings hanya ditonton oleh Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhamad Jailani Khamis dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Azlan Abidin?

Boleh sahaja Wings dibawa oleh agensi pelancongan, mengadakan persembahan di Eropah jika diberikan sokongan dan peluang.

Salam Muzik mencipta peluang sendiri mengadakan persembahan di Eropah. Jadi, kalau Wings hebat di Malaysia, Wings 35 tahun, Wings juga sudah boleh dibawa ke luar. Bukan sebagai kumpulan rock tetapi artis berkumpulan dari Malaysia yang mempunyai banyak lagu yang hebat. – SM

(Visited 475 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.
Back to top button